Thursday, 11 February 2016

Teori Masa

Assalamualaikum

Al kisahnya minggu lepas saja pergi temuduga untuk masuk kelas English yang diberi secara percuma di sini. Nak buang karat2 & mengisi masa sambil2 bercampur dengan masyarakat setempat. Perlu bawa passport dan bukti alamat kita tinggal di mana. sampai sana perlu isi borang dan ada jawab sedikit ujian pemahaman & penulisan untuk menentukan kelas mana yg kita akan masuk. ok, lepas jawab Mr Lee terus check dan terus bagi result. Kelas mula 23 feb 2016 dan Mr Lee suruh dtg Adult Learning & Skill centre di Australian Road hari rabu minggu depan. Nnti ade interview lagi.
(*masa ni die tak tnya dan tak tengok pun passport)

Semalam hari Rabu (10 feb 2016), masa nak pergi interview tu di sebabkan dah isi borg segala minggu lepas dan tak mintak pun passport maka saya pun tak bawaklah passport tu semalam. sekali pergi sana dia mintak passport pulakkk. Tujuan untuk tengok passport sebab program ni funded. nk tengok layak ke tak untuk program tu. Saya dtg jalan kaki je. Dalam 10 minit walking distance. Kalau balik dan pergi semula untuk ambil passport tu makan dlm 20 minit. Jadi person in charge cakap tak pe , saya boleh dtg esok untuk tunjuk passport. Malam tu tengok visa terang2 tertulis "no recourse to public funds" ok saya dah macam malaslah nk pegi esok. Penat jalan kaki je nanti sebab dah sah2 tulis pada visa tu tak layak untuk public funds.
***Rujuk pada kawan sebab term lepas kawan ni berjaya masuk kelas. ok je takde masalah. kawan jawab last time die nak tengok kita duduk sini dah 3 tahun ke belum. kalau lebih 3 tahun diaorg ok je terima permohonan masuk kelas tu. Jadi saya pun tekad esok akan pergi ke centre tunjuk passport, untung2 luluslah permohonan tu.

Harini Khamis (11 feb 2016), pergi la ke centre dengan harapan yg menggunung. Centre bukak 9.30am dan tutup pukul 1.45pm. saya pergi pukul 12 macam tu. sampai sana dia tengok passport dan bgtau perkara yg saya dah agak die akan cakap "no recourse to public funds" . Lepas tu dia check saya dah duduk lebih 3 tahun. Bincang2 dia pun cakap ok dia boleh terima permohonan. Masa tu dah seronok sbb mmg saya harap sangat dia akan terima atas alasan yg sama dgn kawan yg dpt masuk kelas sebelum ni --> dah duduk sini lebih 3 tahun. Tup tup lepas tu boleh pulak tiba2 cikgu kelas tu tanya
"do you have national insurance no?" tak sangka pulak ada soalan lagi... dan jawapannye adalah tak ada. Cikgu tu pun jawab " I am sorry, you are not eligible for this class"  ok redho pada ketentuan ini huhuuuu.

Balik tu sepanjang jalan duk fikir apa yg Allah nak bagi ye. apa yg Allah nak aku belajar. kenapa last term kawan dpt je masuk kelas tu dan term kali ni aku tak dpt. Status kami sama. Dependant kpd suami yg belajar. Jawapan -nil- krik krik krik krik krik sepanjang 10 minit balik jalan kaki tu.

Malam ni baru kejap tadi tengok dokumentari. Tajuk; "Brain-How Do I Decide" by David Eagleman. haaa... mungkin dalam dokumentari ni lah jawapan yg dicari berkenaan keputusan cikgu tu masuk kelas dia tgh hari tadi ditolak. Mungkinlaaa...

Salah satu situasi yg diberi dlm dokumentari tadi:
2 org pesalah yg memohon parole.
Kesalahan jenayah yg sama.
Warna kulit sama.
Jumpa hakim yg sama.
Keputusan Hakim : Tak sama.
KENAPA??

Kajian dan pemerhatian dilakukan dlm byk2 kes sebegini. Keputusan hakim dipengaruhi oleh MASA.

Pesalah yg berjumpa SEBELUM waktu makan tengah hari permohonan utk parole diTOLAK dan
Pesalah yg berjumpa SELEPAS waktu makan tengah hari permohonan diTERIMA

Ianya berkaitan dgn otak. Waktu sebelum makan tgh hari perut lapar, otak penat dan keputusan yg dibuat dipengaruhi ---> "ego depletion"(google definition) dan waktu selepas makan tgh hari perut yg "fully fed" dan otak kembali segar ---> lebih lenient dalam membuat keputusan.
Hakim pun manusia katanya.
**Boleh rujuk David Eagleman berkenaan tajuk Brain- How Do I Decide. Menarik sangat.

Jadi berbalik pada kes harini, bolehlah disimpulkan timing saya dtg ke Centre tu tak kena. Waktu sebelum makan tengah hari. Sebab tu permohonan ditolak.

Apa yg saya belajar dari kes ni, masa2 akan dtg terutamanya bila pergi interview mintak kerja ke apa, pastikan timing tu betul. Boleh gitu?? pandangan ni tak semestinya betul tapi tak semestinya salah. Bolehlah buat eksperimen untuk setuju atau tidak setuju dgn teori masa ni. ;)

Sekian perkongsian.
"Life is Journey...Explore!"

No comments:

Post a Comment