Wednesday, 5 July 2017

"Dosa Ibarat Ratik"

Dosa Ibarat Ratik
****************

Rutin harian dari kecil lagi pagi-pagi selepas bersarapan bersama keluarga pasti penyapu akan mak capai untuk menyapu.
.
Sarapan kami rutinnya mesti awal. Paling lewat pun pukul 8.
.
Mak orangnya morning person.
Memang seeloknya kita berpagi-pagian memulakan tugas harian.
.
Kalau kau tidur selepas subuh siap kau mak kerjakan 😅.
.
Mak kata sapu sampah malam-malam tak elok.
.
Malam Allah ciptakan untuk manusia berehat.
.
Kalau maghrib kau tak pulang-pulang siap kau mak sebat.
.
Jadi sekali sekala balik rumah mak aku menyapu. Biar mak berehat.
.
Sampah ibarat ratik, suara mak memecah kesunyian ketika aku khusyuk menyapu. 
.
Apa mak? Ratik? Ratik tu apa?
.
Hang niii.. keturunan banjar ratik pun tak tahu?Ratik tu orang banjar kata sampah.
Dosa ibarat sampah.
.
Ooo sampah... tapi apa kene mengena dosa dan ratik mak? Tanya ku lagi masih kurang mengerti.
.
Peribahasa ni nenek yang Sofiah yang bagi.
Katanya tiap kali dia datang rumah ni tiap kalilah mak tengah menyapu sampah.
Hari-hari menyapu. Maka keluarlah peribahasa dosa ini ibarat ratik.
.
Ooo.. hebat jugak nenek Sofiah ni ye mak. Tinggi bahasa orang dulu-dulu. Tapi kenapa ratik? Tanyaku lagi. Masih belum dapat meneka. Maklumlah masa itu masih muda, pickup tak berapa cepat. Sekarang pun masih muda 😂
.
Hang tak perasan ke? Kita menyapu hari-hari tapi sampah tetap ada. Tak pernah mak sapu hari ni esok lantai kekal bersih tiada sampah ataupun habuk. 
Tiap kali sapu kalau tahap teruk sapu pagi dan petang esok sapu PASTI sampah tetap ada.
.
Macam itu jugaklah kita dan dosa.
Dosa ibarat ratik kata nenek. 
Tiap-tiap hari kita ini berdosa.
.
Dosa kecil atau besar.
.
Dalam sembunyi atau sedar.
.
Pasti ada melakukan dosa.
.
Jadi kita pun mesti melakukan yang sama.
.
Lakukan apa?
.
Kalau nak badan wangi, kita mandi petang dan pagi.
.
Kalau nak rumah bersih, kita sapu berkali-kali.
.
Kalau nak jiwa dan hati yang putih, kita taubat setiap hari.
.
Jangan pernah merasa diri kita ini suci tanpa noda.
.
Mana mungkin.
.
Mana mungkin kita ini maksum dari dosa.
.
Itulah dia peribahasa
.
Dosa ibarat ratik...

::Al-fatihah buat Nenek Sofiah (2002)::


Tuesday, 9 May 2017

QANAAH

Qanaah >> Merasa cukup dengan apa yg ada, Syukur itu harus sentiasa.

2 minggu lepas semasa di PESTA BUKU 2017 di PWTC, terpandang buku SOLUSI edisi 98 bertajuk Hidup Mewah dengan Qanaah di reruai Telaga Biru. 

Tajuk yg menarik! Lalu pantas tangan ini mengambil senaskah & membayar.

Zaman ini zaman manusia berlumba-lumba untuk punya segalanya.

Kadang kita yang melihat gelagat manusia-manusia ini pun naik takut.

Maka kali ini suka untuk saya berkongsi beberapa mutiara kata berkenaan qanaah sebagai satu usaha menyampaikan pesanan-pesanan baik yg dituntut dalam surah al Asr iaitu berpesan-pesan dengan kebaikan. 

Mutiara kata saya petik dari buku SOLUSI edisi 98 muka surat 18 & 19. 

Moga bermanfaat.


MUTIARA KATA tentang QANAAH.


1) Qanaah ialah harta yang tidak akan habis.

(Ibn Abbas, al-Aqd al-Farid)
_________________________________________________________________________________


2) "Wahai anakku, jika engkau mencari kekayaan, carilah pada qanaah. Itulah harta yang tidak akan habis-habis. Awas kamu daripada sifat tamak, itulah kemiskinan serta-merta. 
Jangan pula sekali-kali ada sifat putus asa, kerana tidak ada sesuatu yang kamu tidak putus asa tentangnya melainkan Allah pasti akan mengayakan kamu dengannya.

(Saad bin Abi Waqqas berpesan kepada anaknya: Tarikh Dimasyq karya ibn Asakir)
_________________________________________________________________________________


3) "Ada orang mencari kekayaan dengan menyangka kekayaan itu ada pada mengumpulkan harta. Ketahuilah kekayaan sebenar ada pada qanaah. 
Mereka mencari ketenangan pada yang banyak, walhal ketenangan ada pada yang sedikit. 
Mereka mencari kemuliaan daripada makhluk, sedangkan kemuliaan ada pada takwa."

(Abu Sulaiman Al-Darani, al Zuhd al-Kabir karya al-Baihaqi)
_________________________________________________________________________________


4) "Antara kurniaan Allah yang paling banyak dan besar kepada hambaNya ialah sifat qanaah. Hal ini kerana tiada sesuatupun yang lebih melegakan badan berbanding rasa redha dengan ketentuan Allah dan yakin dengan pembahagiaanNya. Bahkan seandainya tidak ada sesuatu tentang qanaah yang boleh dipuji selain daripada rasa kelegaan dan tidak membuatkan tuannya pergi ke tempat tidak elok untuk meminta-minta, ini pun sudah tentu bagi sesiapa yang berakal untuk tidak berenggang dengan sifat qanaah dalam apa keadaan sekalipun."

(Abu Hatim, Raudha la-Uqala karya ibn Hibban)
_________________________________________________________________________________


5) Zam'ah bin Saleh berkata: Suatu ketika pembesar bani Umayyah menulis kepada Abu Hazim menggesa beliau supaya membuat permohonan untuk sebarang hajat kepadanya. Lalu Abu Hazim membalas surat itu; " saya telah menerima surat tuan yang meminta saya memohon keperluan kepada tuan. Oh, mustahil!. Saya sudah angkatkan keperluan saya kepada tuhan saya. Apa sahaja yang Dia berikan, saya terima. Apa yang Dia tahan, saya pun qanaah dengannya."

(Ihya' Ulum al-Din, al-Ghazali)
_________________________________________________________________________________


6) Qanaah itu dihati. Sesiapa yang kaya hatinya, akan kaya tangannya. Siapa yang miskin hatinya tidak bergunalah kekayaanya. Orang yang qanaah tidak merungut, bahkan hidup aman dan tenang. 
Orang yang tidak qanaah pula tidak akan ada apa-apa pun yang dapat memenuhi kehendaknya."

(Abu Hatim, Raudha la-Uqala karya Ibn Hibban)
_________________________________________________________________________________


7) Kemiskinan itu empat jenis; miskin pahala di akhirat, miskin qanaah di dunia, miskin harta, dan miskin semua tadi. Demikian jugalah dengan kekayaan."

(Al-Raghib al-Asfahani, Tafsir al-Raghib)
_________________________________________________________________________________


8) Orang miskin itu ialah orang yang mati, melainkan sesiapa  yang Allah hidupkan dengan kemuliaan qanaah dan redho dengan kemiskinan.

(saudara Abu Sulaiman, Sifah al-Safwah karya Ibn al-Jawzi)
_________________________________________________________________________________


9) Sungguh sesiapa yang qanaah dialah yang kaya walaupun miskin. 
Sesiapa yang tidak qanaah, dialah si miskin, walaupun dia banyak harta.
_________________________________________________________________________________


10) "Wahai anakku, sesiapa yang tidak kecewa atas apa yang terlepas daripadanya, akan lega badannya. Sesiapa yang qanaah dengan apa yang seadanya sahaja, akan sejuk matanya."

(Aksna bin Saifi kepada anaknya, Raudhah al-Uqala karya Ibn Hibban)
_________________________________________________________________________________

~~Selamat Beramal~~