Wednesday, 5 July 2017

"Dosa Ibarat Ratik"

Dosa Ibarat Ratik
****************

Rutin harian dari kecil lagi pagi-pagi selepas bersarapan bersama keluarga pasti penyapu akan mak capai untuk menyapu.
.
Sarapan kami rutinnya mesti awal. Paling lewat pun pukul 8.
.
Mak orangnya morning person.
Memang seeloknya kita berpagi-pagian memulakan tugas harian.
.
Kalau kau tidur selepas subuh siap kau mak kerjakan 😅.
.
Mak kata sapu sampah malam-malam tak elok.
.
Malam Allah ciptakan untuk manusia berehat.
.
Kalau maghrib kau tak pulang-pulang siap kau mak sebat.
.
Jadi sekali sekala balik rumah mak aku menyapu. Biar mak berehat.
.
Sampah ibarat ratik, suara mak memecah kesunyian ketika aku khusyuk menyapu. 
.
Apa mak? Ratik? Ratik tu apa?
.
Hang niii.. keturunan banjar ratik pun tak tahu?Ratik tu orang banjar kata sampah.
Dosa ibarat sampah.
.
Ooo sampah... tapi apa kene mengena dosa dan ratik mak? Tanya ku lagi masih kurang mengerti.
.
Peribahasa ni nenek yang Sofiah yang bagi.
Katanya tiap kali dia datang rumah ni tiap kalilah mak tengah menyapu sampah.
Hari-hari menyapu. Maka keluarlah peribahasa dosa ini ibarat ratik.
.
Ooo.. hebat jugak nenek Sofiah ni ye mak. Tinggi bahasa orang dulu-dulu. Tapi kenapa ratik? Tanyaku lagi. Masih belum dapat meneka. Maklumlah masa itu masih muda, pickup tak berapa cepat. Sekarang pun masih muda 😂
.
Hang tak perasan ke? Kita menyapu hari-hari tapi sampah tetap ada. Tak pernah mak sapu hari ni esok lantai kekal bersih tiada sampah ataupun habuk. 
Tiap kali sapu kalau tahap teruk sapu pagi dan petang esok sapu PASTI sampah tetap ada.
.
Macam itu jugaklah kita dan dosa.
Dosa ibarat ratik kata nenek. 
Tiap-tiap hari kita ini berdosa.
.
Dosa kecil atau besar.
.
Dalam sembunyi atau sedar.
.
Pasti ada melakukan dosa.
.
Jadi kita pun mesti melakukan yang sama.
.
Lakukan apa?
.
Kalau nak badan wangi, kita mandi petang dan pagi.
.
Kalau nak rumah bersih, kita sapu berkali-kali.
.
Kalau nak jiwa dan hati yang putih, kita taubat setiap hari.
.
Jangan pernah merasa diri kita ini suci tanpa noda.
.
Mana mungkin.
.
Mana mungkin kita ini maksum dari dosa.
.
Itulah dia peribahasa
.
Dosa ibarat ratik...

::Al-fatihah buat Nenek Sofiah (2002)::


No comments:

Post a Comment